10 Nov 2015

Uitm Dungun, Terengganu.

Assalamualaikum :)

Memandangkan sekarang intake baru kemasukan pelajar ke IPTA, so aku nak ucapkan tahniah untuk adik-adik yang dapat masuk ke IPTA pilihan tak apalah orang cakap intake kedua pun asalkan peluang untuk menuntut ilmu tu ada. Persetankan mulut-mulut orang yang mengata tu. Tak apa, kau lagi pandai dari mereka sebenarnya.

Yang kena transfer dari Uitm Chendering ke Uitm Dungun, Kos Account dengan Kos Office Management. Hey, senior korang dekat sini. Please show nice attitude ha! ceh warning gitu. Aku perasan, bukan setakat senior (sesetengah sahaja) yang menyombong, junior pun ada. maybe dia tak tahu senior kot. Dah tu, takkan dia nak tanya sorang-sorang. abang/kakak senior erk dekat sini? kalau aku pun tak nak tanya, buang masa hahahahaha! Apa yang penting, tak kisahlah senior ke junior pepandailah hormat menghormati. kau ingat ni cerita zaman kuliah cinta? abang/kakak faci buli adik-adik hingusan. no more! budak-budak sekarang tak ada dah yang hingusan. ehh asal introduction panjang pulak ni? lariiiii...

Uitm Dungun tak ramailah orang suka sebab dia terceruk. ayat first apa yg best sangat Uitm Dungun setakat perkampungan terceruk macam tu? sentap juga pasal tempat belajar pun jadi kutukan. well, itu orang belum matang. ramai je yang tak redha (nampak tak aku bold tu hahahaha) masuk uitm dungun tapi at the end, menangis whining teriak sebab sayang nak tinggal kampus. It's not about village place or whatever so, actually value of friendship and the way you discover the place actually bring a lots of meaning to you. kalau hati kata tak redha, macam mana nak serap masuk rasa nikmat berada di tempat orang. mind set tak bagus apatah lagi penerimaan.

ok abaikan orang-orang yg tak suka uitm dungun. diorang ni kalau terhegeh-hegeh nak oxford university, aku rasa kena reject kaw kaw jugak. ahahaha, pardon me.

Uitm Dungun ada main course. hahaha, main course pun boleh! main course dia, Hotel Management. Kiranya dia tetap dekat uitm dungun sebab dekat sini ada disediakan hotel that we call Hotel Uitm Dungun terletak hanya di sebelah kampus. Nanti datang tengok sendiri macam mana hihi. Sesiapa yang nak ambil kulinari atau tourism boleh apply, mana tahu dapat dekat uitm dungun :) selain hotel, dekat dungun jugak ada course account, electrical engineering, office management. Pentadbiran Awam Am110 lepas ni bertukar ke Raub.

fyi, uitm cawangan terengganu ada tiga, Uitm Bukit Besi (majoriti kos engineering like chemical) Uitm Chendering (Yg aku tak sure kos apa dekat sana hahahahahaha!) dan Uitm Dungun. Kira Uitm Dungun main campus sebab pelajar-pelajar uitm cawangan Terengganu akan konvo dekat Uitm Dungun.

Pembelajaran dekat sini, alhamdulillah bahasa inggeris tapi kebanyakan lecturer mengajar dwi bahasa. kira cakap bahasa, guna buku inggeris dan sesetengahnya strict giler inggeris -___- Bebudak OM paling istimewa kalau semester 2 sebab ada satu kod kursus BBM kami belajar bahasa melayu. hahahaha dapat pulak lecturer kelako Dr. Ghani tapi sekarang dah pencen semester lepas itu pun still mengajar kami sebab tak ada lecturer lain yg mengajar subjek ni.

Paling best dekat Uitm Dungun, kalau korang masuk/keluar akan merasa angin pantai, bunyi ombak sebab pantai depan pagar Uitm jer sebab tu kampus kami di gelar resort campus. hihihi. Nanti kalau nak fefeeling tu, bolehlah pergi dating dengan gf/bf dekat medan selera. okay sepanjang jalan tu pantai so jangan risau jalan darat ada. cuma aku nak beritahu, sambil jalan tu bolehlah merasa angin pantai. haa gitu! Selain pantai, dekat sana jugak ada Taman Tasik berhampiran Pos B. Nanti kalau nak joging ke bolehlah sebab situ selain orang photoshot gambar kahwin, ada juga yang spend time berjoging dan beriadah.

Kalau nak ke bandar dalam 5-10 minit dengan van kunyit. Ha van kunyit? apa tu? adakah van yang di taburi kunyit cap adabi? bukaaaaannnnnn! van kunyit ni gelaran untuk van sekolah yg warna kuning tu. hikhik. kalau dekat Uitm Machang diorang panggil tenggiling.  Tambang van kunyit kalau ke bandar RM2.00, kalau ke terminal RM3.00. Kalau korang ada kenderaan sendiri, kejap je boleh pergi bandar. Itu pun kalau kau dibenarkan bawak masuk kenderaan muahahahaha!

Selain dari medan selera tepi Uitm Dungun, dekat each of kolej ada cafeteria. so jangan risau kalau balik kelas rasa lapar. Dekat situ ada masakan tengah hari dan pagi (depends on owner of the cafeteria). Masakan panas dalam pukul 5 dah boleh order and bukak sampai 11 malam :)

Ouh, haritu kecoh jugak dekat twitter pasal dalam kampus kami ada Starbuck. Nak gelak sambil menangis pun ada bila aku baca kutukan manusia yg salah faham tu. Aduyai, tak apalah. Dia tak tahu Starbuck yg sebenar-benarnya dekat situ. Rasanya kalau tahu malu jugak sposen. kihkih. Okay, starbuck yg dimaksudkan tu sebenarnya masmed atau di panggil ruang niaga di mana dekat situ kalau tak sempat nak breakfast/tak tahu nak makan apa, korang boleh singgah dekat situ sebab dekat situ ada jual macam-macam minuman dan makanan. Topup pun ada hahaha, make sure cari dekat blok 9 A.

kalau ada apa-apa yg curious boleh tanya dekat comment box okay? tata


2 comments:

Unknown said...

hi there! dari uitm dungun nakgi terengganu airport jauh tak?

Nurul Mustafa said...

@Unknown Sejam lebih :)