11 Nov 2015

BM118 Office Management & Technology (Story 1)

Assalamualaikum.

Entry ni khas untuk adik-adik yang dapat and curious nak tahu pasal kod kursus ni. Apa yang aku tahu, aku share dengan korang semua memandangkan aku merupakan student office management and technology. hihi.

Part 1

Pengenalan mengenai subjek untuk kursus ini pada semester pertama. Korang akan ambil Mathematic with Business Application di mana ia cuma asas dan sedikit complicated sebab bermain dengan formula and dia ada sedikit addmath. so jangan risau, dia dah potong banyak sampai jadi basic and sangat mudah untuk pelajari. kiranya lagi senang dari belajar masa dekat sekolah dulu. It's not too complicated.

OBM 131, Office Administration I. Korang akan belajar mengenai pengendalian sesebuah organisasi/syarikat. selain itu, ada juga diselitkan mengenai cara susunan fail, apa yang boleh dan tak boleh buat semasa berada di pejabat, susun atur organisasi yang baik. Takpe, jangan rasa "Mak aii, complicatednya" "Susahnya, takut aaaaa" No, jangan set dalam kepala perkara negatif. Mesti ada yang pelik kenapa Office Administration I? ouh, dia ada sambungan semester dua nanti, code dia 182. Nanti aku cerita.

CTU 101, sama dengan pendidikan islam cuma yg berbeza korang akan belajar meluas mengenai sejarah tamadun sampai semester 2 hahahah! semester 3 lebih kepada pengurusan. yang ni kena baca banyak-banyak and buat nota kalau tak nanti susah nak study sebab nota dalam teks book panjang -__-.

ELC 120, belajar benda basic lagi. grammar, vocabulary then ada test listening, reading. of course ini english tapi aku lupa sama ada final exam dia ni ada writing ke tak -___-.

OBM 100, belajar mengenai personaliti diri. cara berpakaian yg betul semasa majlis, cara percakapan. ini nanti korang akan ada table etiquette di mana korang dress up lelawo then pergi makan dekat hotel uitm dungun (utk student uitm dungun je hahahah, uitm lain tak tahu dia buat mana) korang akan ada sesi pembelajaran mengenai etika semasa di meja makan. cara makan dan juga penggunaan alatan serta susunan.

OBM 121,  document processing. korang akan belajar cara menaip dengan betul means guna homekey yg betul. kiranya jari korang akan jadi kebal kejap hahahha! yang ni kena struggle betul-betul, semester 1 memang senang kalau tak buat elok-elok, rugi !

HBU 111, yang adalah kokurikulum. which is korang kena pilih sama ada nak masuk Kesatria (baju ijo), JPAM, KEMBARA, PBSM, BOMBA and apa lagi yee. ahahahhaa. cuma satu je. okay? kalau next sem korang nak tukar masuk kelab badminton ke memanah ke better korang ambil Kesatria baju hijau tu. nanti menyeesaaaal.

p/s: nanti aku cerita lagi pasal kejap lagi aku nak gi bando jap bayar duit mara kakak aku. hahaha, balik nanti aku sambung tata !

No comments: