17 Nov 2015

5 Sebab Kenapa 'Single' Lebih Best Dari 'Couple'

ASSALAMUALAIKUM.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, kenapa single lagi best dari couple? ini hanya pendapat aku sepanjang hidup single.



jangan sedihlah sebab single. single tak bermakna korang tak cantik tapi belum sampai masa lagi kut. Allah takkan hadirkan sesuatu yang kau inginkan dalam hidup kerana Allah tahu tahu kau belum bersedia. so, sampai masa nanti tak payah couple kahwin terus lagi elok.

kenapa single best? bagi aku laa..

lagi banyak masa terluang bersama family. hujung minggu daripada berkepit dengan boyfriend/girlfriend baik luangkan masa bersama keluarga terutama yang belajar jauh ni. apa kata manfaatkan masa terluang dengan family lagi berbaloi daripada buang masa dengan boyfriend/girlfriend korang. dapat pahala tau kalau buat baik dengan keluarga terutama ibu ayah. buat baik macam mana? jaga hati mereka :)

hati lebih terjaga, aku tahu perselisihan faham itu biasa tapi ingatlah takkan benda kecik pun nak ambil hati. terutama si pasangan kuat cemburu memang hari-hari nak gaduh pasal benda kecil. sebab tu aku suka single, tak perlu nak fikirkan macam mana nak pujuk or fikirkan surprise untuk memujuk. lagipun, aku memang tak pandai nak memujuk orang :P lagi satu, biarlah aku jaga mak ayah aku dulu :)

jimat duit. yang ni aku suka sangat! kau tak payah nak keluar minggu-minggu semata-mata nak keluar dengan boyfriend/girlfriend terutama yang jenis suka belanja girlfriend/boyfriend tu. lagi pun duit tu kau boleh simpan then beli sendiri barang yang kau nak tak perlu harapkan duit boyfriend girlfriend/parents.

waktu tidur yang cukup! yang jenis macam aku kaki tidur terutama waktu malam (yg ni aku buat lawak, mohon jangan gelak) tak perlu berjaga tengah malam semata-mata nak berwhatsapp dengan pasangan or maybe yang jenis tahan mata. padahal dah mengantuk giler tapi  sanggup lagi layan boyfriend/girlfriend even masing-masing banyak diam bila tak ada idea nak cakap.

buat apa sahaja yang kau suka. kau boleh berkawan dengan sesiapa kau suka. nak keluar dengan siapa, nak keluar dengan parents lama-lama pun tak apa. ada juga yang jenis keluar dengan parents pun nak merajuk. lupa erk, nanti awak nak kahwin.. kena hadap parents dia jugak :P.

ini dia 5 Sebab Kenapa 'Single' Lebih Best Dari 'Couple'. Thank you for reading :D






4 comments:

Sheila Adziz said...

wow... mmg sebab yg menepati... hehe

Sabrina SA said...

yess betul semua tu and one more thing yang ina paling suka is kita tak perlu nak bawak phone ke hulu ke hilir nak 24 hours mesej dia oh my god. rasa macam terikat and tak bebas.

Nurul Mustafa said...

@Sabrina SA betul tu Ina. lebihkan phone 24jam sampai lupa nak buat kerja lain and kadang-kadang kawan cakap pun buat donno, langsung tak fokus.

Mawar Assufi - akinassufi said...

Paling penting.. Hati kita Allah jaga. Bila Allah jaga maksudnya apa? Yes! Maksudnya yang halal nanti akan dpt yang paling baik dan paling suci. In Shaa Allah. Sama-sama lah kita jaga hati kita masing2 ya.. Masing0 masing dah besar kan.. hehehe