24 Nov 2015

LIBSTER AWARD

ASSALAMUALAIKUM.

hampir-hampir je lupa nak beri salam pembuka mukaddimah. 

first of all, bigggg thanks to our beautiful blogger Qistina Zahari because she tagged me on LIBSTER AWARD. Terbuka kepada newbie atau blogger yang mempunyai followers kurang dari 400. kira yang dah 400 ke atas tu, sorry. tak boleh masuk kahkahkah!

17 Nov 2015

5 Sebab Kenapa 'Single' Lebih Best Dari 'Couple'

ASSALAMUALAIKUM.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, kenapa single lagi best dari couple? ini hanya pendapat aku sepanjang hidup single.

CREATE APPLE ID

ASSALAMUALAIKUM.

New iphone user? dah tahu apple id tu apa? okay, biar aku explain sikit. kalau android, kita guna gmail nak masuk ke play store. same goes dengan app store iphone. kalau nak masuk app store, korang kena ada apple id baru boleh nak download apps dalam app store tu. jadi sebelum tu korang kena create apple id dulu. okengg!

mula-mula, tekan setting. cari icloud. kemudian, masukkan email yg berdaftar. seeloknya gmail. make sure, daftar dulu gmail tu. kemudian masuk password yang senang nak ingat/yang biasa di guna untuk mana-mana app. takutlah nanti terlupa. lepas masukkan tu, bolehlah tekan register tu. nanti sign in gmail tadi untuk verification. dia loading lama sikit tau, jadi tunggu dengan sabar sampai korang boleh dapat apple id korang. tak perlu bazirkan RM40 dekat kedai semata-mata nak register apple id.

11 Nov 2015

BM118 OFFICE MANAGEMENT & TECHNOLOGY (STORY 2)

Sambungan entry yang tergendala

untuk semester 2, korang akan baca subjek membaca. Mathematic dah tak ada cuma korang akan jumpa dua subjek sama iaitu Document Processing II (172) dan Office Administration II (182). Document Processing, dia belajar lebih kurang sama dengan 121, di mana korang kena sediakan document like Itinerary, Official Letter, Reports etc cuma dia lain sebab sebelum ni semua benda dah tersedia jadi untuk OBM 172, korang kena karang sendiri base on soalan. senang je, jangan risau. Office Administration(OBM182) dia sambungan OBM 131, pasal pejabat juga tapi lebih lagi. kalau obm 131 kena tahu selok belok organisasi syarikat. OBM 182 pula, kena tahu handle meeting, step before searching work, buat portfolio.

CTU 151, yang ni samalah pendidikan islam. more to sejarah ketamadunan islam. BBM110, Malay Language for Office Management. kiranya ni satu-satunya subjek bahasa melayu korang. hahaha, dia ajar macam mana nak handle majlis, buat teks, panggilan apa yang sesuai untuk golongan berpangkat ha gitu. HBU 121, masa ni korang dah boleh start pilih untuk masuk koku lain itu pun kalau kau pilih KESATRIA (baju hijau) ini je yang bebas kalau tetap/keluar masuk koku lain. kalau JPAM, PBSM, BOMBA, KEMBARA tu tak boleh tukar ye adik-adik. hihi!

Okay, aku cerita sampai semester 2 je hahahaha! saja nak bagi surprise lebih. So, do the best. fight for our faculty. Ye, subjek office memang kena banyak membaca. Satu semester korang akan rest dari mengira, Semester 3 nanti akan start belajar eco, Sem 5, account. so, dah terbocor sikit rahsia. hahaha! pape pun goodluck :D

BM118 Office Management & Technology (Story 1)

Assalamualaikum.

Entry ni khas untuk adik-adik yang dapat and curious nak tahu pasal kod kursus ni. Apa yang aku tahu, aku share dengan korang semua memandangkan aku merupakan student office management and technology. hihi.

Part 1

Pengenalan mengenai subjek untuk kursus ini pada semester pertama. Korang akan ambil Mathematic with Business Application di mana ia cuma asas dan sedikit complicated sebab bermain dengan formula and dia ada sedikit addmath. so jangan risau, dia dah potong banyak sampai jadi basic and sangat mudah untuk pelajari. kiranya lagi senang dari belajar masa dekat sekolah dulu. It's not too complicated.

OBM 131, Office Administration I. Korang akan belajar mengenai pengendalian sesebuah organisasi/syarikat. selain itu, ada juga diselitkan mengenai cara susunan fail, apa yang boleh dan tak boleh buat semasa berada di pejabat, susun atur organisasi yang baik. Takpe, jangan rasa "Mak aii, complicatednya" "Susahnya, takut aaaaa" No, jangan set dalam kepala perkara negatif. Mesti ada yang pelik kenapa Office Administration I? ouh, dia ada sambungan semester dua nanti, code dia 182. Nanti aku cerita.

CTU 101, sama dengan pendidikan islam cuma yg berbeza korang akan belajar meluas mengenai sejarah tamadun sampai semester 2 hahahah! semester 3 lebih kepada pengurusan. yang ni kena baca banyak-banyak and buat nota kalau tak nanti susah nak study sebab nota dalam teks book panjang -__-.

ELC 120, belajar benda basic lagi. grammar, vocabulary then ada test listening, reading. of course ini english tapi aku lupa sama ada final exam dia ni ada writing ke tak -___-.

OBM 100, belajar mengenai personaliti diri. cara berpakaian yg betul semasa majlis, cara percakapan. ini nanti korang akan ada table etiquette di mana korang dress up lelawo then pergi makan dekat hotel uitm dungun (utk student uitm dungun je hahahah, uitm lain tak tahu dia buat mana) korang akan ada sesi pembelajaran mengenai etika semasa di meja makan. cara makan dan juga penggunaan alatan serta susunan.

OBM 121,  document processing. korang akan belajar cara menaip dengan betul means guna homekey yg betul. kiranya jari korang akan jadi kebal kejap hahahha! yang ni kena struggle betul-betul, semester 1 memang senang kalau tak buat elok-elok, rugi !

HBU 111, yang adalah kokurikulum. which is korang kena pilih sama ada nak masuk Kesatria (baju ijo), JPAM, KEMBARA, PBSM, BOMBA and apa lagi yee. ahahahhaa. cuma satu je. okay? kalau next sem korang nak tukar masuk kelab badminton ke memanah ke better korang ambil Kesatria baju hijau tu. nanti menyeesaaaal.

p/s: nanti aku cerita lagi pasal kejap lagi aku nak gi bando jap bayar duit mara kakak aku. hahaha, balik nanti aku sambung tata !

10 Nov 2015

Uitm Dungun, Terengganu.

Assalamualaikum :)

Memandangkan sekarang intake baru kemasukan pelajar ke IPTA, so aku nak ucapkan tahniah untuk adik-adik yang dapat masuk ke IPTA pilihan tak apalah orang cakap intake kedua pun asalkan peluang untuk menuntut ilmu tu ada. Persetankan mulut-mulut orang yang mengata tu. Tak apa, kau lagi pandai dari mereka sebenarnya.

Yang kena transfer dari Uitm Chendering ke Uitm Dungun, Kos Account dengan Kos Office Management. Hey, senior korang dekat sini. Please show nice attitude ha! ceh warning gitu. Aku perasan, bukan setakat senior (sesetengah sahaja) yang menyombong, junior pun ada. maybe dia tak tahu senior kot. Dah tu, takkan dia nak tanya sorang-sorang. abang/kakak senior erk dekat sini? kalau aku pun tak nak tanya, buang masa hahahahaha! Apa yang penting, tak kisahlah senior ke junior pepandailah hormat menghormati. kau ingat ni cerita zaman kuliah cinta? abang/kakak faci buli adik-adik hingusan. no more! budak-budak sekarang tak ada dah yang hingusan. ehh asal introduction panjang pulak ni? lariiiii...

Uitm Dungun tak ramailah orang suka sebab dia terceruk. ayat first apa yg best sangat Uitm Dungun setakat perkampungan terceruk macam tu? sentap juga pasal tempat belajar pun jadi kutukan. well, itu orang belum matang. ramai je yang tak redha (nampak tak aku bold tu hahahaha) masuk uitm dungun tapi at the end, menangis whining teriak sebab sayang nak tinggal kampus. It's not about village place or whatever so, actually value of friendship and the way you discover the place actually bring a lots of meaning to you. kalau hati kata tak redha, macam mana nak serap masuk rasa nikmat berada di tempat orang. mind set tak bagus apatah lagi penerimaan.

ok abaikan orang-orang yg tak suka uitm dungun. diorang ni kalau terhegeh-hegeh nak oxford university, aku rasa kena reject kaw kaw jugak. ahahaha, pardon me.

Uitm Dungun ada main course. hahaha, main course pun boleh! main course dia, Hotel Management. Kiranya dia tetap dekat uitm dungun sebab dekat sini ada disediakan hotel that we call Hotel Uitm Dungun terletak hanya di sebelah kampus. Nanti datang tengok sendiri macam mana hihi. Sesiapa yang nak ambil kulinari atau tourism boleh apply, mana tahu dapat dekat uitm dungun :) selain hotel, dekat dungun jugak ada course account, electrical engineering, office management. Pentadbiran Awam Am110 lepas ni bertukar ke Raub.

fyi, uitm cawangan terengganu ada tiga, Uitm Bukit Besi (majoriti kos engineering like chemical) Uitm Chendering (Yg aku tak sure kos apa dekat sana hahahahahaha!) dan Uitm Dungun. Kira Uitm Dungun main campus sebab pelajar-pelajar uitm cawangan Terengganu akan konvo dekat Uitm Dungun.

Pembelajaran dekat sini, alhamdulillah bahasa inggeris tapi kebanyakan lecturer mengajar dwi bahasa. kira cakap bahasa, guna buku inggeris dan sesetengahnya strict giler inggeris -___- Bebudak OM paling istimewa kalau semester 2 sebab ada satu kod kursus BBM kami belajar bahasa melayu. hahahaha dapat pulak lecturer kelako Dr. Ghani tapi sekarang dah pencen semester lepas itu pun still mengajar kami sebab tak ada lecturer lain yg mengajar subjek ni.

Paling best dekat Uitm Dungun, kalau korang masuk/keluar akan merasa angin pantai, bunyi ombak sebab pantai depan pagar Uitm jer sebab tu kampus kami di gelar resort campus. hihihi. Nanti kalau nak fefeeling tu, bolehlah pergi dating dengan gf/bf dekat medan selera. okay sepanjang jalan tu pantai so jangan risau jalan darat ada. cuma aku nak beritahu, sambil jalan tu bolehlah merasa angin pantai. haa gitu! Selain pantai, dekat sana jugak ada Taman Tasik berhampiran Pos B. Nanti kalau nak joging ke bolehlah sebab situ selain orang photoshot gambar kahwin, ada juga yang spend time berjoging dan beriadah.

Kalau nak ke bandar dalam 5-10 minit dengan van kunyit. Ha van kunyit? apa tu? adakah van yang di taburi kunyit cap adabi? bukaaaaannnnnn! van kunyit ni gelaran untuk van sekolah yg warna kuning tu. hikhik. kalau dekat Uitm Machang diorang panggil tenggiling.  Tambang van kunyit kalau ke bandar RM2.00, kalau ke terminal RM3.00. Kalau korang ada kenderaan sendiri, kejap je boleh pergi bandar. Itu pun kalau kau dibenarkan bawak masuk kenderaan muahahahaha!

Selain dari medan selera tepi Uitm Dungun, dekat each of kolej ada cafeteria. so jangan risau kalau balik kelas rasa lapar. Dekat situ ada masakan tengah hari dan pagi (depends on owner of the cafeteria). Masakan panas dalam pukul 5 dah boleh order and bukak sampai 11 malam :)

Ouh, haritu kecoh jugak dekat twitter pasal dalam kampus kami ada Starbuck. Nak gelak sambil menangis pun ada bila aku baca kutukan manusia yg salah faham tu. Aduyai, tak apalah. Dia tak tahu Starbuck yg sebenar-benarnya dekat situ. Rasanya kalau tahu malu jugak sposen. kihkih. Okay, starbuck yg dimaksudkan tu sebenarnya masmed atau di panggil ruang niaga di mana dekat situ kalau tak sempat nak breakfast/tak tahu nak makan apa, korang boleh singgah dekat situ sebab dekat situ ada jual macam-macam minuman dan makanan. Topup pun ada hahaha, make sure cari dekat blok 9 A.

kalau ada apa-apa yg curious boleh tanya dekat comment box okay? tata