4 May 2015

Resepi; Sambal Kicap

Assalamualaikum.

Selamat petang duniaaa! aicewahh. ala-ala Faizal Tahir gitewww! kah.  Resepi ke macam tu? haa, lantak. Yang penting apa yang aku nak update tercapai. gituu!

Buat penggemar buah mangga muda mahupun jambu atau apa sahaja yang kau makan dengan pencicah yang dipanggil sambal kicap tuu, ni ada resepi khas dari aku. hik! Mudah sangat nak buat adik lelaki aku pun pandai buat. ahaha!

Bahan-bahan yang diperlukan

Kicap

Lada Jarum

Belacan

Gula

Itu aje yang diperlukan. hihi.

Cara-cara

Kicap letak dalam mangkuk kecil. Masukkan gula, lada jarum dan belacan.

Lepas tu, gaul-gaul sikit. Pastu penyet-penyet lada jarum ngan belacan tu.

okay, siap untuk makan dengan mangga muda. ahaha.

p/s: musim mangga ni famous sikit benda alah ni. Ni kira save budget la dari kuah rojak kat kedai. ahaha.

2 comments:

Dayana AZ said...

Macam boleh buat je ni sebab ada belacan. Hehe.

Nurul Mustafa said...

hehe, dah boleh sangat dah tuu ^_^