2 May 2015

Pasal Aku

Assalamualaikum.


Entahlah.  Kekadang macam susah nak describe pasal diri sendiri. Kah! Kekadang bila tanya member, macam mana perangai kita. It's more to cover your feeling actually. Dia taknak kau sentap and waktu tu kau dah cukup kembang menerima pujian.  Tapi sebaliknya, ada hal yang lain yang mereka taknak cakap iaitu pasal habit kau, mungkin?

Aku. Nak nama penuh? Nurul Thahirah binti Mustafa Harun. Itu nama penuh aku, berasal dari Dungun, Terengganu. Done with intro.

Full version about me.

Dari pandangan rakan alam maya:

Aku ni dikatakan baik, comel, soft spoken. eeyerrk!

Dari pandangan rakan-rakan sebaya:

Aku ni pendiam sikit, kasar, kekadang cakap banyak dan suka mendengar apa saja yg kawan-kawan aku cerita yes aku sokong je apebende yg member aku cakap then aku balik rumah, fikir semula.

Dari pandangan family:

Paling talkactive, garang, kasar and pemalas!

Hahaha.. Actually the truth for three version is from my friend and my family.

Okay macam ni, aku lembut, tak banyak cakap dengan manusia yang baru aku kenal, tak rapat sangat. Tapi, kalau dengan member-member yang dah lama aku kenal, aku might be a craziest friend and crazy among them as long diorang sekepala dengan aku.

Aku ni, kekadang mood tak betul.  Aku paling tegas dalam adik-beradik aku, nak aku je yang betul. Bila nak hilang tak tahu baran dan sikap kurang sabar ni.  Aku seorang yang kasar, dari segi pemakaian a bit more to boy? haha, just wear t-shirt and jeans. Sometime, with shoes or maybe selipar jepun. Tengok tempat.. Aku suka pakai baju yang sama even banyak baju dalam almari. Contoh, aku ada tiga t-shirt favorite. Merah, hitam, silver.. Aku akan pakai tiga-tiga tu tiap kali nak keluar. Baju lain tak sentuh, seriously. Kebanyakkan baju yg aku ada warna yg membosankan iaitu.. merah dan hitam adalah majoriti.

Rajin ikut mood. Kalau macam hati lapang, aku buatlah kerja rumah. Kalau tak, satu hari aku duduk je dalam bilik, tak pun jadi lifeless depan tv. ahaks.

Aku ada habit sebelum tidur iaitu menggedikkan kaki dan tarik rambut. Habit masa makan, aku suka asingkan nasi, makna.. ambik sepinggan nasi, bila makan aku ambik sikit-sikit tak suka gaul sekali, ambik satu lauk ha camtu. acu buat! ahaha.

Aku suka duduk kat rumah. Jarang sangat keluar melainkan ada orang ajak dengan urgent. Bila orang tanya tak bosan ke duduk kat rumah? Tak, sebab kat rumah ada aura magnet memang bikin aku malas nak keluar. lifeless betul, asyik malas je.

Extra intro:

Sekarang, aku sedang struggle 3 semester lagi untuk habiskan Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat di Uitm Dungun. Wish me luck okeng dan 15/5 result keluar dan sekarang aku sedang menternak lemak sedangkan member-member lain semua kerja part time. Sini mana nak ambik budak part time. Jadi full blogger dah, kann. ahaks


No comments: