2 May 2015

Jaga muka

Assalamualaikum.

Mornight. eh eh. ada keee? takpelaa.

"kau guna produk apa erk? kulit cam lawooo jerk?"
Okay. To be honest, i'm the most laziest person to take care of my face. Okeng, translation: Jujur, aku adalah orang yang paling malas nak jaga muka. Faham?

Tapi, aku bersyukur gila sebab muka aku since sekolah takde apa-apa masalah jerawat kronik tapi satu jaa, muka cepat burn.  Sekarang, aku tengah usaha gigih nak hilangkan burn. Hang tau, aku belajar tepi pantai memanglah panas. Tapi takpe.

Meh la. Aku habaq mai sikit. Eh, tetiba cakap kedah padahal orang ganu jerr. haha! Biar aku jawab soalan kat atas dulu.

Aku guna banyak produk sebenarnya. Memang muka takde apa, kadang terasa jugak nak putih. Dah pakai, makin teruk burn. Hahaha! Officially (aicewaah!) aku pakai sabun beras yang harga RM6. Serious, tak bohong. Sebelum ni aku pakai garnier colour kuning. Okay, takde masalah dan aku suggestkan beli yang white foam jangan beli scrub okengg. Beza dua tu, scrub ada biji-biji tak elok tau. Nanti kulit hang nipis. kih! Baca dulu sebelum beli okay. (apa pulak, tadi sabun beras -..-)

Okay, aku memang teringin nak pakai sabun beras sebab muka jadi licin and most important dia takde bahan kimia. Asaa! Aku beli yang RM6 kat pasar malam jee, kat tokoh jamu pun ada actually. Tapi disebabkan pasar malam dekat dengan rumah, so beli jelaa kat situ setiap hari selasa dengan khamis, Warga Dungun pasti tahu. hahaha.

Orang cakap, sabun beras ni boleh buat muka kering and menggelupas. Jangan risau, aku pakai yang ni semua okay. Gelupas tak, kulit muka kering pun tak. Biji kecik atas hidung dah kurang.. Sabun beras ni ada campuran susu, kotak warna hijau. Esok aku upload.

Krim muka wajib. Aku pakai SBS. Apakah? Okay, tu Syma Beauty Skincare. Ala yang iklan kat tv tuu, kotak warna pink. Haa! Aku beli online, dia ada official site. So, jangan risau kalau nak beli. Takde la nanti kena tipu. hihi. Setakat ni, ni yang paling elok aku pakai. Sebab, krim dia tak berminyak, best je pakai. Serious, kulit aku sensitif jugak. Tak boleh berminyak sikit, for sure naik jerawat merah tu. Sakit terasa. hahaha! since sabun dia dah habis, aku guna sabun beras. haha!

Bedak compact, aku pakai garnier. Warna ikut kesesuaian kulit okeng.. hahaha.

Itu je aku produk yang guna. Tak guna barang mahal-mahal. Kekadang produk mahal lagi teruk effect dia.. Bukan tak elok, tapi kulit kita sensitif. Tak semua produk tu sesuai untuk kita. Ha, kau nak tahu, bahan-bahan masakan macam kulit kayu manis boleh hilangkan parut jerawat. Macam mana? Tunggu entry berikutnya. Selamat malam :)

No comments: