5 May 2015

HPV, Done

Assalamualaikum.

okay, aku nak share sikit pasal suntikan HPV. Boboys tak boleh tau yang ni gegirl je. Jangan nanti pergi klinik mintak suntikan HPV tu sudah. Pengsan nurse kat klinik tu. kah!

HPV ni khusus untuk perempuan sahaja bagi mencegah kanser serviks! Dan rawatan ni percuma. Okay percuma, serious tak tipu. Dia ada 3 dos, dan rawatannya berselang satu bulan. Aku dapat rawatan pertama dan kedua di Unit Kecemasan, Uitm Dungun aka UK bak kata budak situ. ahaha!

Suntikan dia tak sakit, ala macam kena suntik BCG tu. Macam gigit semut padahal aku takut giler dengan jarum -..-" sampai nurse tu suruh tarik nafas hembus tarik nafas hembus. eei, tak malu. aha!



kad yang ada atas laptop tu, kad appointment.  Tarikh appointment akan dicatat atas kad tu :)

penerangan sikit. Suntikan pertama dan kedua akan berselang selama sebulan. Contohnya, kalau ambik 19/9/2014.. makna suntikan kedua akan berlaku pada 19/10/2014.. Bagi suntikan yang ke tiga akan berselang selama 4 bulan. Selepas tarikh 19/10/2014, korang akan ambil pada 19/3/2015. ihiks. Sorry ambik tarikh appointment den punyo. kah!

Ambillah langkah ini untuk mencegah kanser yang berbahaya ini ya para gadis-gadis. Suntikan percuma, now worries. Dan kalau ada kesan sampingan, bawak borang berwarna pink ke klinik berdekatan. Borang tu akan diberi semasa pertama kali korang disuntik. Dan kad haruslah sentiasa dibawa untuk buktikan yg appointment korang pada hari tu.

p/s: Dua kali aku suntik dekat UK, Uitm Dungun. Dan yang ketiga ni aku ke Klinik Sejahtera LPPKN di Kuala Dungun. Aku terlupa bawak kad appointment sebab tak plan pun. kah! Nasib baik nurse tu gelak, tak marah.

p/s: untungnya dah habis suntikan, dia bagi pen tanda penghargaan. Tapi pen tu ada kat Amni, aku tertinggal bawah boot motor dia.


2 comments:

Azian Elias said...

salam kenal..

bagus ada kesedaran cam ni.. i tak bebuat lagi even dah tua. ingat nak kena pegi buat lah.. nak buat next month..INSYALLAH..

Nurul Mustafa said...

hehe. baguslah dah planning, cegah sebelum rawat itu yg paling penting. salam kenal :D