6 May 2015

Marriage, Not Dating

Assalamualaikum.

Episode first, aku tak tengok pun cerita ni. Aku ni lambat sikit nak pickup pasal cerita. Mula-mula cakap boring apa la, siap mengutuk. Jahat benor aku ni.. Takpe, aku baikkan diri. Bila tengok ada scene kelako, masa tu lah aku tanya kakak aku "weey, kenapa tu?" lepas tu join gelak sekali macam orang giler padahal tak tahu pun sebab apa. Lama-lama suka bila tengok hero. Mula-mula tengok tak handsome, lepas tengok handsome, okay aku tengok sekarang jugak. Eleh, bukan aku sorang macam. Sesiapa yang tengok Kdrama will feel like I am.

Cerita ni kena betul dengan aku sebab aku suka tengok cerita yang perempuan/heroin jenis slumber badak and kelako. Macam comel jee. Lepaas ni tak terpacak lagi depan tv lagi, depan laptop aku terbaring nanti sebab, aku mintak kat alia cerita Marriage, Not Dating! Alia, ku seru, cepat datang sini aku nak copy ceghitee.

Selain cerita ni, To the beautiful you menjadi pilihan hati sebab aku minat Minho Shinee and Sulli. Tapi, aku takde lah terlalu obses sampai buat wallpaper/hias bilik aku atau phone dengan gambar-gambar mereka. Cukup sekadar, minat dengan lakonan mereka dan tak lupa jugak bakat artis tanah air kita ni. ha, gitu.

sedikit sinopsis berkaitan dengan Marriage, Not Dating.

Sekarang, ditayangkan di TV9. Kalau jenis kaki online boleh tengok kat youtube jugak. Famous story sekarang blood. kah, terpromote..

Mengisahkan seorang doktor pakar bedah plastik, Gong Gi Tae yang seorang lelaki yang suka bersendirian dan tak suka hidup berpasangan selepas dikecewakan ex dia.  Dia berkenalan dengan heroin ni bernama Jang-Mi yang jugak merupakan ex girlfriend kawan dia. Mungkin mak Gi Tae suruh bawak balik calon menantu, dan Gi Tae bawak Jang Mi ke rumah dan berlakon jadi girlfriend dengan perwatakan yg berlainan dari asal. kahkah.  Jadi complicated, apabila bekas kekasih Gi Tae datang kembali konon nak getback. ahaha.. So, sedikit sinopsis, dan tengok sendiri kat TV9, Jam 6.35 petang. byee..

5 May 2015

HPV, Done

Assalamualaikum.

okay, aku nak share sikit pasal suntikan HPV. Boboys tak boleh tau yang ni gegirl je. Jangan nanti pergi klinik mintak suntikan HPV tu sudah. Pengsan nurse kat klinik tu. kah!

HPV ni khusus untuk perempuan sahaja bagi mencegah kanser serviks! Dan rawatan ni percuma. Okay percuma, serious tak tipu. Dia ada 3 dos, dan rawatannya berselang satu bulan. Aku dapat rawatan pertama dan kedua di Unit Kecemasan, Uitm Dungun aka UK bak kata budak situ. ahaha!

Suntikan dia tak sakit, ala macam kena suntik BCG tu. Macam gigit semut padahal aku takut giler dengan jarum -..-" sampai nurse tu suruh tarik nafas hembus tarik nafas hembus. eei, tak malu. aha!



kad yang ada atas laptop tu, kad appointment.  Tarikh appointment akan dicatat atas kad tu :)

penerangan sikit. Suntikan pertama dan kedua akan berselang selama sebulan. Contohnya, kalau ambik 19/9/2014.. makna suntikan kedua akan berlaku pada 19/10/2014.. Bagi suntikan yang ke tiga akan berselang selama 4 bulan. Selepas tarikh 19/10/2014, korang akan ambil pada 19/3/2015. ihiks. Sorry ambik tarikh appointment den punyo. kah!

Ambillah langkah ini untuk mencegah kanser yang berbahaya ini ya para gadis-gadis. Suntikan percuma, now worries. Dan kalau ada kesan sampingan, bawak borang berwarna pink ke klinik berdekatan. Borang tu akan diberi semasa pertama kali korang disuntik. Dan kad haruslah sentiasa dibawa untuk buktikan yg appointment korang pada hari tu.

p/s: Dua kali aku suntik dekat UK, Uitm Dungun. Dan yang ketiga ni aku ke Klinik Sejahtera LPPKN di Kuala Dungun. Aku terlupa bawak kad appointment sebab tak plan pun. kah! Nasib baik nurse tu gelak, tak marah.

p/s: untungnya dah habis suntikan, dia bagi pen tanda penghargaan. Tapi pen tu ada kat Amni, aku tertinggal bawah boot motor dia.


4 May 2015

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Assalamualaikum.

Aloohaa. Jumpa lagi kita, kan. Alhamdulillah. Yes, malam ni aku nak join satu lagi Segmen dari PAPAGLAMZ. Yukk join sekali yukks. haha, tu diaa. kau ingat indon je boleh buat ayat yuk follow, aku pun boleh buat yuk join. okay dah, menyimpang jauh nampak. kah!

Now, mari kita berjemaah klik banner untuk join segmen ni. Bismillahirahmanirahim.

Catwalk_Next_Top_Model

Tujuan segmen ini:

Nak cari bloglist yang akan di letakkan di sidebar Papaglamz.com ni.

Nak cari blogger yang bertuah untuk Papaglamz review di dalam blog Papaglam.com ni.

Nak sediakan satu platform mudah buat blogger semua supaya mudah untuk Catwalk (Blogwalking) di Pentas Peragaan (blog) blogger-blogger yang lain.

Menambah follower yang sedia ada dan juga menambah traffik blog sesama blogger

Syarat-syarat

Mestilah mempunyai blog

Follow blog Papaglamz.com yang berwajah baru sekarang ni

Like FB page Papaglamz yang ada di sidebar sebelah kanan tu.

Follow instagram Papaglamz sekiranya ada.

Buat entri tajuk dia
SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ
dan letak banner di dalam entri serta backlink ke entri ini.

p/s: nampak tak tujuan dia kat situ? haa, itu yang penting! dan selain tu jugak dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain. kann! Ukhwah fillah tu penting. hik! night :D

Resepi; Sambal Kicap

Assalamualaikum.

Selamat petang duniaaa! aicewahh. ala-ala Faizal Tahir gitewww! kah.  Resepi ke macam tu? haa, lantak. Yang penting apa yang aku nak update tercapai. gituu!

Buat penggemar buah mangga muda mahupun jambu atau apa sahaja yang kau makan dengan pencicah yang dipanggil sambal kicap tuu, ni ada resepi khas dari aku. hik! Mudah sangat nak buat adik lelaki aku pun pandai buat. ahaha!

Bahan-bahan yang diperlukan

Kicap

Lada Jarum

Belacan

Gula

Itu aje yang diperlukan. hihi.

Cara-cara

Kicap letak dalam mangkuk kecil. Masukkan gula, lada jarum dan belacan.

Lepas tu, gaul-gaul sikit. Pastu penyet-penyet lada jarum ngan belacan tu.

okay, siap untuk makan dengan mangga muda. ahaha.

p/s: musim mangga ni famous sikit benda alah ni. Ni kira save budget la dari kuah rojak kat kedai. ahaha.

3 May 2015

Fakta Manusia Dengan Lipas

Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa tetiba muncul idea giler tetengah mamee monster. Padahal dekat tangan makanan bukan lipas. Cer bayangkan kau pegang lipas? kejap kejap, dia naik atas tangan pastu merayap tang muka. haha! confirm menjerit bila terbayang, kan? haha, siapa suruh bayangkan.

Kau nak tahu tak Fakta Manusia Dengan Lipas? Manusia ni tak boleh tengok lipas, kerjanya menjerit je, padahal lipas tak care langsung. Dia tengok kau jalan pun dia dah macam lipas kudung (Dia memang lipas pun -..-") Kau pun jadi macam dia, lari macam lipas kudung. kah! Macam cousin aku, selagi lipas tak lari, selagi tu dia menjerit bagai nak sawan. Lipas mana nak layan.. kecuali bila kau dekat dengan dia, dia jalan la..

Aku bukan nak kutuk

Aku ada dua cara yang menarik untuk matikan lipas tu. Pertama, guna ridsect. Aku yakin ridsect hanya peningkan kepala dia, buat dia huyung and buat pura-pura mati. Kedua, cara paling afdal dan ternyata berkesan, pijak berjemaah dengan selipar. Confirm tak pura-pura mati mahupun pening. kah! selamat mencuba.

p/s: aku pernah bunuh lipas dengan buku nota sem lepas. Sem ni aku guna selipar.. kah!

Cpuv Nuffnang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, got new cpuv from Nuffnang! ihiks. Thank you Nuffnang. Untuk bulan ni ada 4 cpuv yang on going, yang lain telah pun dikreditkan. Tak lama lagi dah boleh cashout, semuanya sebab korang-korang yg selalu rajin click, singgah follow ke mari. Terima kasih :)


Cpuv untuk bulan ini :D

Nuffnangers yang rajin amat. Terima kasih banyak-banyak. And tak lupa cik Dayah, lovely roomate saya. kih!

Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valia

Assalamualaikum, selamat pagi. Aicewahhh, special giteww wish selamat pagi. uhukss.

Pagi ni kita nak join satu segmen blog yang best gitu. Hehe, terima kasih penganjur sebab dari jauh invite join segmen ni. Arigato!

Bismillahirahmanirahim. Dengan ini saya joinnn!


klik banner untuk join :D

Antara syarat-syarat penyertaan:


1. Follow blog IRA  & Google+ *wajib pada siapa yang tak follow lagi*

2. KLIK SINI , SINI & Klik Nuffnang  *Jujur please*

   *TAMBAHAN*
   - Like fanpage Ira yang ada dekat sidebar. Kalau tak nak pun takpe. :)

3. Buat entri yang bertajuk "Segmen Jom Blogwalking By Syahirah Valiant"

4. Backlinkkan 


p/s: boleh kenal dengan blogger-blogger baru ^.^

2 May 2015

Pasal Aku

Assalamualaikum.


Entahlah.  Kekadang macam susah nak describe pasal diri sendiri. Kah! Kekadang bila tanya member, macam mana perangai kita. It's more to cover your feeling actually. Dia taknak kau sentap and waktu tu kau dah cukup kembang menerima pujian.  Tapi sebaliknya, ada hal yang lain yang mereka taknak cakap iaitu pasal habit kau, mungkin?

Aku. Nak nama penuh? Nurul Thahirah binti Mustafa Harun. Itu nama penuh aku, berasal dari Dungun, Terengganu. Done with intro.

Full version about me.

Dari pandangan rakan alam maya:

Aku ni dikatakan baik, comel, soft spoken. eeyerrk!

Dari pandangan rakan-rakan sebaya:

Aku ni pendiam sikit, kasar, kekadang cakap banyak dan suka mendengar apa saja yg kawan-kawan aku cerita yes aku sokong je apebende yg member aku cakap then aku balik rumah, fikir semula.

Dari pandangan family:

Paling talkactive, garang, kasar and pemalas!

Hahaha.. Actually the truth for three version is from my friend and my family.

Okay macam ni, aku lembut, tak banyak cakap dengan manusia yang baru aku kenal, tak rapat sangat. Tapi, kalau dengan member-member yang dah lama aku kenal, aku might be a craziest friend and crazy among them as long diorang sekepala dengan aku.

Aku ni, kekadang mood tak betul.  Aku paling tegas dalam adik-beradik aku, nak aku je yang betul. Bila nak hilang tak tahu baran dan sikap kurang sabar ni.  Aku seorang yang kasar, dari segi pemakaian a bit more to boy? haha, just wear t-shirt and jeans. Sometime, with shoes or maybe selipar jepun. Tengok tempat.. Aku suka pakai baju yang sama even banyak baju dalam almari. Contoh, aku ada tiga t-shirt favorite. Merah, hitam, silver.. Aku akan pakai tiga-tiga tu tiap kali nak keluar. Baju lain tak sentuh, seriously. Kebanyakkan baju yg aku ada warna yg membosankan iaitu.. merah dan hitam adalah majoriti.

Rajin ikut mood. Kalau macam hati lapang, aku buatlah kerja rumah. Kalau tak, satu hari aku duduk je dalam bilik, tak pun jadi lifeless depan tv. ahaks.

Aku ada habit sebelum tidur iaitu menggedikkan kaki dan tarik rambut. Habit masa makan, aku suka asingkan nasi, makna.. ambik sepinggan nasi, bila makan aku ambik sikit-sikit tak suka gaul sekali, ambik satu lauk ha camtu. acu buat! ahaha.

Aku suka duduk kat rumah. Jarang sangat keluar melainkan ada orang ajak dengan urgent. Bila orang tanya tak bosan ke duduk kat rumah? Tak, sebab kat rumah ada aura magnet memang bikin aku malas nak keluar. lifeless betul, asyik malas je.

Extra intro:

Sekarang, aku sedang struggle 3 semester lagi untuk habiskan Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat di Uitm Dungun. Wish me luck okeng dan 15/5 result keluar dan sekarang aku sedang menternak lemak sedangkan member-member lain semua kerja part time. Sini mana nak ambik budak part time. Jadi full blogger dah, kann. ahaks


Jom Join Ceria 1st Giveaway!!

Assalamualaikum.

*sticky post

Terima kasih kepada penganjur giveaway ini. Terisi masa lapang.  Korang-korang semua, jemputlah join giveaway ni.  Boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama blogger, kannn. ihiks


klik banner untuk join.

Antara syarat penyertaan:


  1. Wajib mempunyai blog yang PUBLIC dan kalau sudi followlah blog Aku Memang Ceria.                                                 
  2. Buat satu entry di blog yang bertajuk Jom Join Ceria 1st Giveaway!                                                                      
  3. Letak banner di bawah dalam entry tersebut dan link kan ke blog ini.                                                                                                    
  4. Letak syarat-syarat penyertaan dalam entry tersebut.                                                                              
  5. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.                                                                        
  6. Setelah selesai menaip post tersebut, komen di entry blog.                                                               
  7. Kalau sudi follow instagram ini (bukan paksaan) & kelebihannya, kami akan follow back sesiapa yang follow kami selama giveaway berlangsung.                                                                       
  8. Tarikh tutup giveaway ialah pada 12 June 2015.                                                                            
  9. Pemenang akan dipilih melalui random.org
  10. saya lupa password ig. ahahaha!
Mudah, kan? hadiah menarik menanti. uhuuuks.

saya tag: Dayah, Afiqah, Anis

Jaga muka

Assalamualaikum.

Mornight. eh eh. ada keee? takpelaa.

"kau guna produk apa erk? kulit cam lawooo jerk?"
Okay. To be honest, i'm the most laziest person to take care of my face. Okeng, translation: Jujur, aku adalah orang yang paling malas nak jaga muka. Faham?

Tapi, aku bersyukur gila sebab muka aku since sekolah takde apa-apa masalah jerawat kronik tapi satu jaa, muka cepat burn.  Sekarang, aku tengah usaha gigih nak hilangkan burn. Hang tau, aku belajar tepi pantai memanglah panas. Tapi takpe.

Meh la. Aku habaq mai sikit. Eh, tetiba cakap kedah padahal orang ganu jerr. haha! Biar aku jawab soalan kat atas dulu.

Aku guna banyak produk sebenarnya. Memang muka takde apa, kadang terasa jugak nak putih. Dah pakai, makin teruk burn. Hahaha! Officially (aicewaah!) aku pakai sabun beras yang harga RM6. Serious, tak bohong. Sebelum ni aku pakai garnier colour kuning. Okay, takde masalah dan aku suggestkan beli yang white foam jangan beli scrub okengg. Beza dua tu, scrub ada biji-biji tak elok tau. Nanti kulit hang nipis. kih! Baca dulu sebelum beli okay. (apa pulak, tadi sabun beras -..-)

Okay, aku memang teringin nak pakai sabun beras sebab muka jadi licin and most important dia takde bahan kimia. Asaa! Aku beli yang RM6 kat pasar malam jee, kat tokoh jamu pun ada actually. Tapi disebabkan pasar malam dekat dengan rumah, so beli jelaa kat situ setiap hari selasa dengan khamis, Warga Dungun pasti tahu. hahaha.

Orang cakap, sabun beras ni boleh buat muka kering and menggelupas. Jangan risau, aku pakai yang ni semua okay. Gelupas tak, kulit muka kering pun tak. Biji kecik atas hidung dah kurang.. Sabun beras ni ada campuran susu, kotak warna hijau. Esok aku upload.

Krim muka wajib. Aku pakai SBS. Apakah? Okay, tu Syma Beauty Skincare. Ala yang iklan kat tv tuu, kotak warna pink. Haa! Aku beli online, dia ada official site. So, jangan risau kalau nak beli. Takde la nanti kena tipu. hihi. Setakat ni, ni yang paling elok aku pakai. Sebab, krim dia tak berminyak, best je pakai. Serious, kulit aku sensitif jugak. Tak boleh berminyak sikit, for sure naik jerawat merah tu. Sakit terasa. hahaha! since sabun dia dah habis, aku guna sabun beras. haha!

Bedak compact, aku pakai garnier. Warna ikut kesesuaian kulit okeng.. hahaha.

Itu je aku produk yang guna. Tak guna barang mahal-mahal. Kekadang produk mahal lagi teruk effect dia.. Bukan tak elok, tapi kulit kita sensitif. Tak semua produk tu sesuai untuk kita. Ha, kau nak tahu, bahan-bahan masakan macam kulit kayu manis boleh hilangkan parut jerawat. Macam mana? Tunggu entry berikutnya. Selamat malam :)